October 24, 2017

Review: Youthtube Time Capsule Foundation

Hari ni I'll be writing in Malay to brush up my main language sekali sekala. Tapi bukan tu je, sebab kalau tengok botol foundation pun tahu post ni special sikit sebab bentuk mahkota gitteww.

Youthtube Time Capsule Foundation Curitan Aqalili
Youthtube Time Capsule Foundation
Bedak asas aka foundation merupakan salah satu base yang perlu ada kalau korang jenis yang pakai makeup setiap hari. Dari liqud to cushion foundation dan sebagainya mesti korang semua masih lagi mencari foundation yang sesuai for daily use. 

Aqa jenis orang yang more towards skincare dan sangat memilih kalau nak beli barang makeup. Bila ada orang cadangkan untuk cuba Youthtube Foundation ni, I was a bit sceptical sebab produk ni baru sahaja launch. 


Botol crown yang eksklusif!

Nasihat Aqa sebelum beli any cosmetic products yang baharu mahupun lama, is to make sure tengok ingredients dan claims product ni seperti yang tertera di bawah:


Bahan-bahan foundation

MAIN INGREDIENTS

  • Swiss Marine Collagen Extract
  • France Anti-Aging Stem Cell
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • SPF 35

FULL INGREDIENTS
  • Aqua
  • Cyclopentasiloxane
  • Ethylhexyl
  • Methoxycinnamate
  • Titanium Dioxide
  • Malus Domestica Fruit Cell Culture Extract
  • Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Callus Culture Extract
  • Rhododendron Ferrugineum Leaf Cell Culture Extract
  • Ascorbic Acid (Vitamin C)
  • Collagen
  • Mica
  • Iron Oxides
  • PEG/PPG-18/18 Dimethicone
  • Sodium Chloride
  • Tocopheryl Acetate
  • Disodium EDTA
  • Fragrance

One pump will cover your whole face!

Pastikan untuk check satu per satu ingredients bagi mengelakkan daripada sebarang alahan terjadi. 1.... 2... 3.....

Dah check? Alright, jadi korang di landasan yang betul lah ni sebab sekarang Aqa nak mulakan review serum foundation Youthtube ni.

REVIEW ON YOUTHTUBE FOUNDATION


Formulasi bagi Youthtube ni dikatakan diimport khas dari France & Switzerland. Lepas tu, ia juga diadun oleh ahli kimia yang mempunyai pengalaman memformulasikan kosmetik Dior untuk pasaran asia đŸ˜² đŸ˜² đŸ˜² đŸ˜²

Bertambah lagi best bila tahu yang foundation ni sesuai untuk semua jenis kulit (Normal to Combination skin). Lepas tu ada 4 manfaat dalam 1 botol lagi tau, which dia bertindak sebagai foundation, serum, UV protection dan moisturiser.

Bila dah baca semua benda, Aqa mulakan dengan packaging dia dulu: ringan and nampak esklusif. Lepas tu, bau foundation dan turns out bau dia sangatlah wangi dan fruity. Lepas tu, Aqa picit satu pump ke bahagian tangan dan cuba rasa tekstur foundation yang dikatakan ringan.

Perbezaan antara with and without foundation.
Alang-alang letak dekat tangan tu terus jadi model swatch foundatio . Daripada gambar ni dah boleh lihat perbezaan in terms of warna. Sebenarnya lama kelamaan foundation ni akan serap pada kulit. Once dah sebati, boleh dikatakan yang dekat tangan ni kulit tak nampak bercapuk.

Bila try blending, tak rasa melekit and berminyak dan lebih kepada watery texture. So, dari situ Aqa check balik and baru tahu yang produk ni sebenarnya water based. 

With and without foundation dekat wajah

Once tahu produk ni water based terus macam 'ha, it was suggested to me to used water based product instead of creamy texture product'. Terus rasa yakin nak try dekat muka, and it turns out nampak perbezaan dekat gambar ni juga. 

Dari jauh nampak flawless kan, tapi bila tengok up-closed boleh nampak whitehead dekat seluruh muka tu. A bit dissapointed in terms of that sebab tekstur dia dah okay, water based lepas tu 4 in 1 produk lak tu tapi at last nampak pula whitehead.

Salah satu cara nak tutup whitehead adalah dengan pakai primer sebelum foundation. It does help sebab boleh nampak perbezaan dekat gambar bawah sekali.

KEMBALI UNTUK PEMBELIAN KALI KEDUA?


Kemungkinan besar, Aqa akan repeat order dan antara sebabnya ialah produk ini selamat untuk diguna. Youthtube Time Capsule Foundation berdaftar dengan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dan Ministry of Health Malaysia dengan nombor KKM: NOT170902977K. 

Selain daripada itu, Aqa rasa kurang stress dan jimat masa bila pakai foundation ni sebelum pergi kerja sebab tak ambil lebih dari 3-5 minit bila nak make up. Tapi sejujurnya kalau Aqa tak makeup pun setiap hari, and nak nampak segar sikit dalam masa beberapa minit pun dah siap.

Dengan botol bersaiz 15 ML ni pun senang untuk dibawa travel merata-rata. Jimat masa and produk untuk dibawa sebab untuk foundation ni ada feature 4 in 1. Harga dia pun mampu milik: RM85 sebotol yang Aqa rasa akan tahan dalam masa 1-2 bulan atau lebih (ikut kepada kadar penggunaan individu).

YOUTHTUBE TIME CAPSULE FOUNDATION SOCIAL MEDIA


Perbezaan foundation with and without primer.

Thank you for spending your time reading my blog! It means so much to me. Before that, don't forget to SUBSCRIBE to my email list on top of the page, to be the first one to receive updates from me!

2 comments

  1. lili pkai satu pump ok.. akak kena 2 pump.. sebab nak cover parut jerawat. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah satu pump cukup, tapi tak bestnya sebab lili punya whitehead nampak gila, just kena pakai dengan primer or kena prep the skin dulu.

      Delete

Instagram