November 11, 2015 Jalan Damai, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Rock Climbing Di Gua Damai
Selasa | 10.11.15
Hampir dua tahun dah berjanji dengan orang, semalam baru dapat peluang untuk pergi Gua Damai Extreme Park. Nasib baik dekat dengan rumah, boleh lalu jalan belakang daripada nak redah masalah lalu lintas dekat jalan raya, sebab hari selasa itu juga merupakan Hari Deepavali.
Sebenarnya sudah lama aku tak buat aktiviti lasak macam ni. Kalau masa zaman Pengakap dahulu hampir tiap-tiap minggu pergi berkhemah dekat Rawang itu. Jadi, sejujurnya aku gementar sikit sebab dah berkarat, menelaah buku sahaja dan lakukan aktiviti yang tidak berapa lasak.
Sebelum nak bertolak, aku pun tertanya-tanya nak bawa apa atau tidak? Nak makan nasi terus ke macam mana? (makanan ni penting buat aku)
Jadi, kawan aku ni dia WhatsApp "Tak payah bawa apa-apa, bawa diri sahaja.". Ye lah, baru pertama kali kan nak cuba rock climbing ni kita ikut kata pro.
Sampai sana, sebab dah lama tak buat aktiviti macam ini memang ada rasa teruja atau orang cakap 'jakun'.
Masa aku sampai ni dah ramai orang dah, boleh tengok video di bawah ini:
Sebenarnya kalau datang sini dengan kelengkapan dan keterbiasaan main sukan lasak ini, kau hanya perlu sewa tapak. Kalau tiada kelengkapan tidak mengapa, datang sahaja dan ambil pakej yang ditawarkan dekat sini.
Daripada kasut climbing, tali dan lain-lain, yang aku faham barang-barang ini adalah penting untuk anda yang baru sahaja mahu berjinak-jinak dalam aktiviti seperti ini.
Dekat gambar atas ni, tak silap cubaan yang ke-empat aku. Tetapi sebab dah cubaan ke-empat dan sebelum ni guna tenaga banyak untuk naik, jadi yang ni suku je lagi aku tak dapat sampai.
Kelengkapan yang aku sedang pakai ketika ini adalah climbing shoes, harness dan chalk bag. Kalau seperti dekat gambar bawah ni, mereka memainkan peranan penting untuk menjaga keselamatan orang di atas. Kalau anda jatuh ke apa, jangan risau, mereka akan jaga. Kelengkapan orang di bawah adalah harness, tali, belay dan lain-lain.
Yang aku buat ni kira starter pack la, sebab kalau dah biasa, mereka akan panjat dan mencangkuk tali dengan quickdraws atau dekat Malaysia dipanggil sebagai runner. Senang cerita, kira manual punya cangkuk dan apabila terjatuh dia akan tergantung dekat tempat kita cangkuk tali itu.
Kalau macam aku dekat bawah ni, kalau penat je tergantung je la, sebab rakan dekat bawah ada untuk menjaga kita.
Verdict: Pertama, walaupun baru pertama kali mencuba, tetapi tak menyesal buat keputusan macam ni dan mungkin akan kembali lagi untuk rock climbing sekali lagi.
Kedua, Permainan ini sangat memerlukan kerjasama dan kepercayaan sebab dekat bawah menjaga orang di atas.
Ketiga, kekuatan dan keazaman. Rock climbing ni sebenarnya mencabar kita untuk capai target, so it's actually a really good extreme sport.
Kalau sesiapa nak tahu maklumat lebih lanjut mengenai Gua Damai Extreme Park, sila klik sini : http://guadamai.blogspot.my
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons